HEBAT BUDAK NI
Persatuan Pemain Gasing Pangkah Felda Sungai Kemahal
Tuesday 21 February 2012
Hikmah membaca Bismillah
Sebenarnya ayat ini terlalu banyak hikmahnya. Ini adalah sebahagian daripada hikmah yang dianugerahkan Allah kepada hambaNya.
Membaca
sebelum tidur sebanyak 21 kali akan mengelakkan rumah daripada dimasuki
pencuri, perompak, orang jahat dan pelbagai bencana penyakit lain.
Orang
yang tidak mempunyai otak cerdas di samping terus berusaha dan berdoa,
amalkanlah membaca bismillah sebanyak 786 kali di malam hari dengan
tertib, kemudian pagi-pagi harinya diberikan minum kepada insan yang
dimaksudkan tadi .Insya Allah, akan dibantu Allah terlepas dari
masalahnya.
Jika
anda dizalimi, jangan membalas, sebaliknya apabila bertemu dengan orang
yang menzalimi itu bacalah kepadanya 50 kali. Insya Allah insan yang
menzalimi tadi dengan izin Allah dengan sendirinya akan insaf dan
menyesali perbuatannya.
Jika
anda hendak ke sawah padi atau bendang. Anda tidak mahu supaya segala
hama dan perbuatan tangan jahil manusia, maka cubalah tuliskan 101 kali
di kain @ kertas putih, dimasukkan ke dalam botol dan dipendamkan di
tengah sawah atau di tengah kebun. Insya Allah akan selamat. Tapi yang
lebih penting daripada itu ialah selalu berdoa dan pasrah terhadap
keEsaan Allah.
Hadis Riwayat Ibnu Hibban.
"Setiap
pekerjaan yang mempunyai kebaikan (penting) yang tidak dimulai padanya
dengan menyebut bismillahir rahmaanir rahiim, maka pekerjaan (urusan)
itu akan pincang."
Ambil
segelas air dan bacakanlah air itu dengan ayat ini sebanyak 786 kali,
kemudian berilah minum air itu kepada orang yang dimaksudkan. Nescaya
jika ada rasa kebencian padanya, akan bertukar sebaliknnya menjadi rasa
kasih yang mendalam.
Tuliskan
ayat ini pada kepingan timah hitam. Kemudian taruhlah kepingan itu pada
pukat atau jaring yang telah dipasang. Insya Allah, ikan akan datang
dari semua penjuru dan masuk ke dalam pukat serta jaring yang telah
dipasang. Lakukanlah dengan penuh keyakinan dan bertawakkal kepada Allah
kerana rezeki itu datang dari Allah sedangkan kita cuma dapat
berikhtiar dan berharap.
Berkat di sebalik membaca Bismillah, satu kisah...
"Ada
seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang
fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat
kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak
bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului
dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan
sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek,
"Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."
Isterinya
tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya
memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu
hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." Untuk
membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang
banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya
mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu
suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian
dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan
mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah
beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata,
"Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk
disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan
diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia
menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca,
"Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat
Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu
kepada suaminya kembali.
Alangkah
terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala
perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula
mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia
hendak memulakan sesuatu kerja."
- sumber al-munir.edu.my
Subscribe to:
Posts (Atom)